resepi bihun goreng simple

Jom belajar resepi bihun goreng simple tapi sedap. Beberapa tips turut dikongsikan untuk menghasilkan bihun goreng yang lebih enak, tidak lembik dan tidak hancur.

Kalau nak tahu apa tips tersebut, mari kita ikuti perkongsian oleh Miya Aira di bawah. Bihun goreng anda dijamin akan menjadi dan cantik elok!

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Pink Legend, Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat

RESEPI BIHUN GORENG SIMPLE TAPI SEDAP

Bahan-bahan:

  • Sebungkus bihun cap jasmine @ eka @ botan atau brand lain
  • 6 ulas bawang merah (tumbuk atau hiris)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk atau hiris)
  • 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis (oni rahsia rasa bihun yang sedap)
  • 15-20 cili kering (rebus dan kisar bersama sedikit minyak dan sedikit air, letak minyak supaya biji cili kering hancur)
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Satu sudu besar cuka
  • Isi ayam & fishcake
  • Sawi (jika suka)
  • Telur hancur @ telur dadar digulung dan dipotong halus

Cara-cara:

1. Pertama sekali, rendam bihun terlebih dahulu. Masukkan bihun ke dalam besen, masukkan air suam sehingga bihun tenggelam. Bahagian ini kena ALERT. Rendam dalam 3 hingga 4 minit sahaja, jangan lama. Ambil seurat bihun dan tarik, jika putus terus bermakna sudah sempurna. Terus toskan airnya.

resepi bihun goreng simple

2. Kalau rendam bihun guna air suam, urat bihun lembut menjadi lembut elok berbanding guna air sejuk.

3. Panaskan 4 sudu besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan udang kering yang sudah ditumbuk. Kacau lagi sehingga bahan layu. Seterusnya, masukkan cili kisar dan masak sehingga cili pecah minyak seperti dalam gambar.

4. Masukkan isi ayam, gaul sebati.

5. Kemudian, tuangkan satu cawan air. Masak sehingga mendidih.

6. Seterusnya, masukkan 4-5 sudu besar sos cili, 4-5 sudu besar kicap manis, 2-3 sos tiram dan 1 sudu besar cuka. Tujuan masukkan cuka adalah supaya rasa menjadi lebih sedap.

7. Masukkan fishcake atau fishball.

8. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan 1 sudu besar gula. Jika rasa tawar, boleh tambahkan sos atau kicap mengikut kesesuaian rasa yang disukai.

9. Boleh masukkan bihun. Guna DUA sudip jika tidak mahu bihun hancur. Kaupkan bihun menggunakan dua-dua sudio dengan lembut. Jangan kacau terlalu lama, sehingga semuanya bercampur rata sahaja.

resepi bihun goreng simple

10. Masukkan pula sayur yang disukai seperti sawi. Kacau lagi untuk kali terakhir. Bila sayur dah layu, taburkan tebur hancur atau telur dadar gulung yang sudah dipotong nipis. Selamat mencuba!

resepi bihun goreng simple

Kredit resipi dan gambar: Miya Aira

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN