Categories: Resipi

Resipi Kek Coklat Kukus Anti Gagal, Tak Perlu Mixer Pun Jadi Lembut Dan Gebu!

Resipi kek coklat kukus memang antara pencuci mulut paling mudah dan digemari ramai, lebih-lebih lagi bila hasilnya lembut, moist dan tak mengecewakan. Yang menariknya, resipi ini langsung tak perlukan mixer atau blender, cuma guna whisk biasa pun dah cukup.

Kek ini pernah menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang kaya dengan coklat dan teksturnya yang gebu walaupun hanya dikukus. Malah ada yang pernah menjualnya dan mendapat repeat order daripada pelanggan kerana sedap dan tak muak.

Resipi ini juga pernah tular di media sosial dengan jutaan tontonan, membuktikan betapa mudah dan “jadi” nya kek ini walaupun dibuat oleh beginner. Jadi kalau nak cuba buat kek coklat kukus yang anti gagal, ini antara resipi yang wajib simpan.

Baca juga: Resipi Kek Cempedak Gebu & Harum, Semerbak Baunya Dari Dapur Sampai Ke Ruang Tamu!

RESIPI KEK COKLAT KUKUS

Screenshot

Bahan kering:

  • 1 cup serbuk koko
  • 1 1/4 cup tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Bahan basah:

  • 1/2 cup gula
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup susu cair
  • 3/4 cup susu pekat
  • 1 cup minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Ayakkan semua bahan kering dalam satu bekas besar. Gaul sebati supaya tak berketul.
  2. Masukkan gula, telur, esen vanila, susu cair, susu pekat dan minyak.
  3. Kacau semua bahan menggunakan whisk hingga adunan sebati dan licin. Jangan guna senduk supaya tekstur kek lebih gebu.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan kek. Tuang adunan lebih kurang 170g–180g setiap acuan. Anggaran boleh dapat 6 bekas acuan saiz kecil.
  5. Panaskan pengukus terlebih dahulu hingga air mendidih.
  6. Kukus kek selama 30 minit dengan api sederhana.
  7. Tutup penutup pengukus dengan kain atau guna aluminium foil supaya air tak menitis atas kek.
  8. Selepas 30 minit, cucuk dengan garpu. Jika tidak melekat, kek sudah masak.
  9. Keluarkan dan biarkan sejuk sebelum ditambah topping.

RESIPI TOPPING COKLAT PEKAT DAN BERKILAT

Screenshot

Bahan-bahan:

  • 1 cup coklat coin
  • 1 cup susu cair atau susu full cream
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu besar mentega atau marjerin

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan coklat bersama susu menggunakan api perlahan atau kaedah double boil.
  2. Bila sudah sebati dan cair, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
  3. Kacau hingga likat, kemudian masukkan mentega untuk dapatkan tekstur berkilat.
  4. Sejukkan dahulu sos sebelum dituangkan atas kek supaya hasilnya cantik dan tidak cair.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Rahsia Kek Sarang Semut Berongga & Bersarang Cantik Macam INI, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago