
Resipi kek coklat kukus memang antara pencuci mulut paling mudah dan digemari ramai, lebih-lebih lagi bila hasilnya lembut, moist dan tak mengecewakan. Yang menariknya, resipi ini langsung tak perlukan mixer atau blender, cuma guna whisk biasa pun dah cukup.
Kek ini pernah menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang kaya dengan coklat dan teksturnya yang gebu walaupun hanya dikukus. Malah ada yang pernah menjualnya dan mendapat repeat order daripada pelanggan kerana sedap dan tak muak.
Resipi ini juga pernah tular di media sosial dengan jutaan tontonan, membuktikan betapa mudah dan “jadi” nya kek ini walaupun dibuat oleh beginner. Jadi kalau nak cuba buat kek coklat kukus yang anti gagal, ini antara resipi yang wajib simpan.
Baca juga: Resipi Kek Cempedak Gebu & Harum, Semerbak Baunya Dari Dapur Sampai Ke Ruang Tamu!
RESIPI KEK COKLAT KUKUS

Screenshot
Bahan kering:
- 1 cup serbuk koko
- 1 1/4 cup tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil baking soda
Bahan basah:
- 1/2 cup gula
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cup susu cair
- 3/4 cup susu pekat
- 1 cup minyak masak
Cara-cara penyediaan:
- Ayakkan semua bahan kering dalam satu bekas besar. Gaul sebati supaya tak berketul.
- Masukkan gula, telur, esen vanila, susu cair, susu pekat dan minyak.
- Kacau semua bahan menggunakan whisk hingga adunan sebati dan licin. Jangan guna senduk supaya tekstur kek lebih gebu.
- Sapu sedikit minyak pada acuan kek. Tuang adunan lebih kurang 170g–180g setiap acuan. Anggaran boleh dapat 6 bekas acuan saiz kecil.
- Panaskan pengukus terlebih dahulu hingga air mendidih.
- Kukus kek selama 30 minit dengan api sederhana.
- Tutup penutup pengukus dengan kain atau guna aluminium foil supaya air tak menitis atas kek.
- Selepas 30 minit, cucuk dengan garpu. Jika tidak melekat, kek sudah masak.
- Keluarkan dan biarkan sejuk sebelum ditambah topping.
RESIPI TOPPING COKLAT PEKAT DAN BERKILAT

Screenshot
Bahan-bahan:
- 1 cup coklat coin
- 1 cup susu cair atau susu full cream
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- 1 sudu besar mentega atau marjerin
Cara-cara penyediaan:
- Cairkan coklat bersama susu menggunakan api perlahan atau kaedah double boil.
- Bila sudah sebati dan cair, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
- Kacau hingga likat, kemudian masukkan mentega untuk dapatkan tekstur berkilat.
- Sejukkan dahulu sos sebelum dituangkan atas kek supaya hasilnya cantik dan tidak cair.
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Rahsia Kek Sarang Semut Berongga & Bersarang Cantik Macam INI, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














