
Kalau tiba musim buah cempedak, memang wajib cuba buat kek cempedak yang gebu, lembut dan penuh dengan aroma harum semula jadi ini. Setiap gigitan memberikan rasa lemak mentega yang berpadu sempurna dengan kemanisan isi cempedak yang ranum.
Antara keistimewaan kek ini ialah teksturnya yang lembut di bahagian dalam dengan lapisan atas yang sedikit garing selepas dibakar. Isi cempedak yang dimasukkan ke dalam adunan pula menjadikan setiap hirisan lebih berjus dan kaya dengan rasa buah. Bau yang keluar dari oven ketika membakar memang boleh buat satu rumah semerbak.
Resipi ini juga tidak terlalu rumit dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Jika cempedak yang digunakan sudah cukup manis, anda boleh kurangkan sedikit sukatan gula supaya rasa kek lebih seimbang dan tidak terlalu manis.
Baca juga: Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk
RESIPI KEK CEMPEDAK YANG LEMBUT DAN WANGI SEMERBAK

Bahan-bahan:
- 250 gram mentega
- 180 gram gula kastor
- 250 gram tepung naik sendiri
- 200 gram isi cempedak, dipotong kecil (asingkan sedikit untuk hiasan)
- 4 biji telur gred A
- Secubit garam
- 4 sudu makan susu segar
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah.
- Pukul mentega bersama gula kastor sehingga adunan menjadi sedikit kembang.
- Masukkan telur, tepung naik sendiri dan susu segar secara berselang-seli sambil terus dipukul sehingga adunan sebati.
- Tambahkan secubit garam dan gaul rata.
- Masukkan isi cempedak yang telah dipotong kecil, kemudian gaul perlahan menggunakan spatula sehingga sekata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega atau dialas dengan kertas pembakar.
- Susun baki isi cempedak di bahagian atas sebagai hiasan.
- Bakar selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
- Jika ingin permukaan kek lebih garing, hidupkan api bahagian atas sahaja selama beberapa minit. Begitu juga jika ingin bahagian bawah lebih garing, laraskan mengikut fungsi oven masing-masing.
- Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong supaya teksturnya lebih kemas dan tidak mudah hancur.
Sumber: Zaliha Ahmad
Baca juga: Cara Mudah Buat Kek Batik Ganache, Topping Coklat Berkilat Cantik & Licin Sempurna!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














