resepi sarang semut

Resepi sarang semut memang antara kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman. Bau karamel dia saja dah buat satu rumah rasa “tergoda”, tambah pula teksturnya yang berongga macam sarang semut yang memang unik dan lain daripada kek biasa.

Kalau anda jenis suka kek yang tak terlalu manis melampau tapi ada rasa lemak-lemak karamel, resipi ini memang sesuai sangat untuk dicuba. Lagi menarik, adunan dia tak perlu diperap langsung, jadi boleh terus bakar bila dah siap diadun.

Menariknya lagi, kek sarang semut ini tak semestinya perlu oven. Kalau tak ada oven pun tak apa, boleh bakar guna dapur gas saja. Memang senang dan sesuai untuk semua orang, termasuk yang baru nak belajar buat kek.

Baca juga: Resipi Kek Fruit Pastry Yang Cantik Menarik, Hasil Lembut & Gebu Dengan Topping Buah Segar

RESEPI SARANG SEMUT BAKAR

resepi sarang semut

Bahan karamel:

  • 1 cawan gula pasir (cairkan sampai perang)
  • 1 cawan air panas
  • 3 sudu besar butter

Bahan B:

  • 4 biji telur A
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¾ cawan tepung gandum
  • ¾ cawan tepung ubi kayu
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua tepung dan ayak dulu supaya kek lebih halus dan tak berketul.

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan gula pasir dalam kuali hingga bertukar warna perang keemasan. Hati-hati jangan sampai hangus.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (berhati-hati sebab akan berbuih kuat).
  3. Tambahkan butter dan kacau sampai semua larut sebati. Ketepikan dan biarkan suam.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telur, susu pekat manis dan esen vanila guna whisk sahaja sampai sebati.
  5. Masukkan bahan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
  6. Tuangkan air karamel yang telah suam ke dalam adunan dan gaul sebati.
  7. Tapis adunan supaya lebih halus sebelum dimasukkan ke dalam loyang saiz 6.
  8. Bakar selama lebih kurang 50 minit sama ada dalam oven atau atas dapur gas (guna api kecil dan kaedah kukus/bakar atas kuali bertutup).

Sumber: Cik Hayfa Zhufairah

Baca juga: Kek Oren Moist Gebu Yang Wangi Semerbak, Bau Saja Sudah Cukup Memikat Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN