Pernah tak anda tebus makanan dan minuman secara percuma sempena hari lahir anda sebelum ini? Jika belum, serius rugi besar!
Ramai yang tak tahu, sebenarnya ada banyak restoran popular yang menawarkan treats istimewa sempena sambutan hari lahir. Daripada hidangan utama yang mengenyangkan, hinggalah ke dessert premium, semuanya anda boleh nikmati secara PERCUMA!
Jom Min kongsikan 10 senarai birthday treats yang best dan wajib anda tebus.
1. KFC (1 Set Snack Plate Percuma)
Mesti ramai tak tahu kan, sempena hari lahir anda, KFC akan belanja 1 set Snack Plate secara percuma.
Cara Penebusan: Muat turun aplikasi KFC dan kemas kini tarikh lahir anda sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari lahir. Anda boleh tebus untuk makan di restoran (dine-in), bungkus, atau pick-up order.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
2. Sushi King (Dessert & Mata Ganjaran)
Buat peminat tegar sushi, jangan lepaskan peluang ini! Sushi King belanja dessert percuma dan 200 mata ganjaran ekstra khas untuk anda apabila anda makan di restoran mereka semasa hari lahir anda. Syok kan?
Cara Penebusan: Hanya perlu muat turun aplikasi Sushi King dan daftar sebagai ahli.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
3. Inside Scoop (1 scoop ais krim)
Nak rasa ais krim premium secara percuma? Inside Scoop ada menawarkan birthday treat di mana anda boleh dapatkan 1 scoop ais krim kegemaran.
Cara Penebusan: Anda cuma perlu muat turun aplikasi Inside Scoop dan daftar sebagai ahli sebelum hari lahir tiba.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
4. Baskin Robbins (1 scoop ais krim kanak-kanak)
Selain Inside Scoop, Baskin Robbins pun tidak mahu kalah! Anda juga boleh nikmati 1 scoop ais krim dengan pelbagai pilihan perisa yang menarik daripada kedai mereka.
Cara Penebusan: Tebus sahaja baucar hari lahir menerusi aplikasi mudah alih Baskin Robbins anda.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
5. FamilyMart (Ais krim Sofuto)
Bagi penggemar ais krim Sofuto? Min ada berita baik. FamilyMart belanja 1 ais krim Sofuto secara percuma semasa sambutan hari lahir anda! Min sangat recommend anda cuba perisa matcha atau milk, sumpah sedap!
Cara Penebusan: Tebus melalui aplikasi FamilyMart MY Rewards semasa bulan kelahiran anda.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
6. llaollao (Small tub + 1 topping)
Peminat tegar yogurt froyo, gunakan kesempatan ini sebaiknya. Ilaollao menawarkan Small Tub bersama 1 topping percuma sebagai hadiah hari lahir. Menarik kan?
Cara Penebusan: Pastikan anda sudah muat turun aplikasi MyllaollaoClub dan pernah membuat sekurang-kurangnya satu transaksi sebelum tarikh lahir. E-baucar akan masuk secara automatik dan sah digunakan selama 10 hari.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
7. Zus (1 potong kek)
Jika KFC belanja ayam, Zus pula belanja anda 1 potong kek secara percuma! Sesuai sangat buat anda yang mahu menyambut hari lahir secara bersederhana.
Cara Penebusan: Hanya perlu tebus kupon hari lahir menerusi aplikasi McDonald’s anda.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
8. The Coffee Bean & Tea Leaf (kek & diskaun ekstra)
Birthday treats Coffee Bean pun tak kurang hebatnya! Anda boleh dapatkan 1 potong kek percuma dengan pembelian mana-mana minuman. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat diskaun 20% untuk item terpilih!
Cara Penebusan: Penebusan boleh dibuat di cawangan CBTL dalam tempoh 3 hari sebelum atau 3 hari selepas tarikh lahir anda.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
9. Tealive (Beli 1, percuma 1)
Geng boba tea, jom serbu Tealive! Anda boleh tebus 1 minuman percuma dengan pembelian 1 minuman pada hari lahir anda.
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
10. Boost Juice Bar (1 minuman percuma)
Mesti ramai yang tidak tahu Boost Juice pun ada birthday treat, kan? Dapatkan 1 minuman jus buah-buahan segar secara percuma pada hari lahir anda. Pilih la jus mana yang anda suka daripada selection terpilih.
Cara Penebusan: Semasa membeli air Boost sebelum ini, minta Kad VIBE (kad kesetiaan) daripada staf, kemudian daftar dan aktifkan. Apabila tiba hari lahir, anda boleh terus tebus air percuma tersebut!
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
💡 Tips Bonus Dari Min:
Kebanyakan restoran sekarang menggunakan aplikasi untuk belanja anda birthday treats. Jadi, Min nasihatkan anda muat turun dan daftar aplikasi-aplikasi ini awal-awal (sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh lahir). Nanti apabila tiba hari kejadian, tinggal klik dan tebus sahaja!
Bayangkan, daripada ayam goreng, boba, kopi premium hinggalah ke ais krim mahal… semuanya anda boleh makan tanpa perlu mengeluarkan duit satu sen pun. Berbaloi teruk!
Jadi, tahun ni anda nak tebus apa?
Nikmati lebih banyak tawaran dan baucar dari Shopee
Gula melaka asli mempunyai rasa, aroma dan tekstur yang tersendiri. Ia menjadi bahan penting dalam…
Resepi mi segera goreng kari banjir ini boleh buat perut terus berbunyi walaupun dah hampir…
Ramai yang tertanya-tanya tentang cara goreng ikan bilis supaya kekal rangup walaupun sudah dibasuh terlebih…
Kalau sebut resepi bingka kelapa, mungkin ada yang terus teringat kuih tradisional yang popular di…
Kalau ada pisang yang sudah masak di rumah, boleh cuba buat kek pisang kukus moist…
Kalau ada ketam segar di rumah, apa kata cuba buat resipi sup ketam yang ringkas…