ikan siakap sambal kicap

Sejak akhir-akhir ini, aneka resipi ikan siakap telah tular di laman sosial Facebook. Salah satunya adalah resipi ikan siakap sambal kicap pedas Thai ini.

Cara membuat dan bahan yang digunakan juga sangat mudah. Tapi sedap dia terasa macam makan di restoran Thai.

Nak cuba buat? Lihat saja resipi perkongsian oleh Liza Idris di bawah.

Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

ikan siakap sambal kicap

2. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.

3. Kisar 1 biji bawang besarm 5 ulas bawang putih dan 3@5 biji cili api. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.

4. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.

5. Masuk 5 sudu besar kicap.

6. Letak 2 sudu besar cuka dan kacau.

7. Masuk 1 cawan air.

8. Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.

9. Perasakan dengan maggie cukup rasa.

10. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi.

ikan siakap sambal kicap

11. Siap!

12. Tuangkan ke atas ikan siakap. Selamat mencuba!

ikan siakap sambal kicap

Kredit: Liza Idris

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN