lempeng kelapa

Siapa yang sempat merasa lempeng kelapa nenek kita masak dulu-dulu pada waktu pagi atau petang? Rasanya sedap bukan main sedangkan bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas.

Makan panas-panas lagi membuka selera. Kalau tiba-tiba terasa nak makan lempeng, jom cuba buat dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Azizah Ali di bawah. Makan cicah kari pun sedap, nak makan begitu sahaja pun tetap sedap. Selamat mencuba ya!

Resipi Lempeng Kelapa Legend

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda parut
  • 1/4 cawan santan
  • 1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.

2. Panaskan kuali dan selamat melempeng.

Kredit: Azizah Ali