Categories: Resipi

Tak Sangka Gabungan Gulai Kuning Telur Itik & Rebung Jeruk Sepadan, Sedap Sampai Geleng Kepala!

Gulai kuning telur memang antara hidangan kampung yang cukup digemari ramai, terutama bagi peminat masakan berkuah santan. Resipi ini menggunakan telur itik dan rebung jeruk yang memberikan rasa unik serta aroma yang cukup menyelerakan. Sekali makan, memang susah nak berhenti menambah nasi.

Walaupun rebung jeruk terkenal dengan baunya yang agak kuat, ia sebenarnya menjadi lebih sedap apabila dimasak dalam kuah gulai yang kaya dengan santan. Gabungan rasa lemak, pedas, manis dan sedikit masam menjadikan kuahnya cukup seimbang serta membuka selera.

Lebih menarik, resipi ini menggabungkan cara masakan Kelantan dengan elemen masak lemak cili padi. Hasilnya, kuah gulai menjadi lebih pekat, beraroma dan sedap dimakan bersama ulam-ulaman serta sambal belacan. Memang terasa nikmat hidangan kampung yang sederhana tetapi penuh rasa.

Baca juga: Resipi Telur Butter Kicap Paling Enak, Menu Simple Tapi Boleh Buka Selera Satu Keluarga!

RESIPI GULAI KUNING TELUR ITIK CAMPUR REBUNG JERUK

Bahan kisar halus:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 hiris nipis lengkuas
  • 9 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 1/3 sudu kecil biji ketumbar

Bahan kuah:

  • 1 batang serai (diketuk)
  • 200 ml santan segar
  • 1 sudu kecil cili kering kisar
  • 150 ml air kosong

Bahan perasa:

  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Nise atau gula melaka secukup rasa
  • Perencah secukup rasa
  • 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan lain:

  • Telur itik secukupnya (dibasuh bersih)
  • Rebung putih jeruk (dibilas dan ditoskan)
  • Hirisan daun kunyit

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar halus bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, lengkuas, cili padi dan biji ketumbar.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai yang telah diketuk. Masak selama 2 hingga 3 minit bagi menghilangkan rasa pijar cili.
  3. Masukkan santan segar, cili kering kisar dan air kosong. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Tambahkan garam, gula, nise atau gula melaka, perencah serta asam gelugur mengikut citarasa.
  5. Sendukkan kuah dan curahkan semula ke dalam periuk beberapa kali untuk membantu mendapatkan tekstur gulai yang lebih cantik dan sebati.
  6. Masukkan rebung jeruk yang telah dibersihkan. Kacau perlahan dan biarkan masak selama 5 hingga 7 minit supaya rebung menyerap rasa kuah.
  7. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam mangkuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
  8. Ketepikan rebung ke bahagian tepi periuk dan masukkan telur dengan berhati-hati. Elakkan menuang telur terus di atas rebung.
  9. Jangan kacau telur sehingga bahagian putihnya mula mengeras. Setelah telur agak set, sendukkan sedikit kuah ke atas telur.
  10. Teruskan memasak selama kira-kira 10 minit atau sehingga telur masak mengikut tahap yang diinginkan.
  11. Tutup api dan taburkan hirisan daun kunyit jika suka untuk menambahkan aroma serta menyerikan warna gulai.

Sumber: Afy Al Habbi

Baca juga: Resipi Telur Goreng Masak Asam, Nampak Macam Biasa Tapi Sebenarnya Sedap…Tak Tipu!

Wan N

Recent Posts

Tauhu Telur Nestum Butter Dengan Gabungan Rasa Lemak & Pedas, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…

17 hours ago

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

18 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

19 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

19 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

20 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

20 hours ago