telur butter kicap

Telur butter kicap memang antara lauk paling ringas  tapi ‘power’ yang selalu jadi penyelamat waktu lapar atau waktu sedang berjimat. Gabungan rasa lemak butter, manis kicap dan pedas cili padi ini nampak biasa tapi rasa dia tak main-main.

Menu ini juga sesuai sangat untuk hari sibuk bila tak sempat nak masak lauk yang rumit. Bahan pun mudah, biasanya memang dah ada dekat dapur rumah. Sangat nikmat jika dimakan dengan nasi panas.

Baca juga: Resipi Telur Goreng Masak Asam, Nampak Macam Biasa Tapi Sebenarnya Sedap…Tak Tipu!

RESIPI TELUR BUTTER KICAP

telur butter kicap

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Butter
  • Bawang merah (hiris)
  • Cili padi (hiris)
  • 4 biji telur
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali leper.
  2. Masukkan ikan bilis dan goreng seketika hingga rangup.
  3. Masukkan sedikit butter, kemudian tambah bawang merah dan cili padi. Goreng hingga ikan bilis bertukar keperangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Guna kuali yang sama, cairkan sedikit butter.
  5. Pecahkan telur dan masak sehingga putih telur masak. Kuning telur boleh ikut cita rasa sama ada separuh masak atau masak penuh.
  6. Tuangkan kicap manis dan sedikit sos cili di atas telur.
  7. Taburkan ikan bilis goreng tadi sebagai topping.
  8. Perah sedikit limau nipis untuk rasa lebih segar.
  9. Siap untuk dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Sumber: Thread @rubynawwara

Baca juga: Cara Buat Telur Dadar ‘Extra Crispy’, Nampak Simple Tapi Ramai Tertinggal Buat Teknik Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN