
Resipi ayam goreng berempah ketumbar ini memang lain dari ayam goreng biasa. Ayam ini penuh dengan rasa kerana ia diperap dengan aneka rempah ratus sebelum digoreng.
Selalunya, bila goreng ayam kita hanya lumur dengan garam dan serbuk kunyit saja, kan? Kali ini, jom kita ‘upgrade’ sikit dengan cuba versi yang lebih sedap dan menyelerakan.
Bagi yang ingin mencuba, anda boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Encik Tengku Asmadi di bawah untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.
Baca juga: Lelaki Kongsi Resipi Ayam Goreng Berhantu Cara ‘Emak’, Gerenti Berebut Makan!
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KETUMBAR

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- Garam dan perasa secukupnya
- 3 sudu besar tepung goreng segera jenama yang disukai
Bahan kisar:
- 1 buku bawang putih (anggaran 8–10 ulas)
- 2 biji bawang merah kecil
- 6 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan kisar hingga halus.
- Gaulkan bahan kisar bersama ayam yang telah dipotong.
- Masukkan garam, perasa dan tepung goreng segera. Gaul rata.
- Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sebati dan enak.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan keemasan.
Sumber: Tengku Asmadi
Baca juga: Resipi Ayam Kicap Empat Dara, Rasa Lagi Pedas & Berempah Dari Biasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














