Categories: Resipi

Resipi ‘Colek Malah’ Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Menu Moreh Laku Keras!

Setiap kali selepas Tarawih, memang tak sah kalau tak makan ‘moreh’. Menu moreh yang sering dinikmati ialah colek malah atau dikenali colek malas.

Kesedapan colek malah ini terletak pada tekstur cucur sayurnya yang rangup di luar namun kekal lembut dan berongga di dalam.

Jika ada yang nak cuba buat sendiri colek malah untuk dinikmati selepas solat Tarawih, jom cuba resipi lengkap di bawah ini.

Baca juga: Nasi Putih Tak Habis? Jom Buat Cucur Nasi Jejari Ketam Untuk Sahur Nanti

RESEPI COLEK MALAH RANGUP DI LUAR & LEMBUT DI DALAM

Bahan cucur (colek malah):

  • 1kg tepung gandum
  • 1 paket yis segera (mauripan atau jenama pilihan)
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit garam (secukup rasa)
  • Sedikit gula
  • Pewarna kuning telur (untuk warna yang menarik)
  • Sayur-sayuran: kangkung (dihiris) & lobak merah (disagat/hiris halus)
  • Air secukupnya (untuk bancuhan)

Bahan sos pencicah:

  • Air
  • Gula (ikut tahap kemanisan yang disukai)
  • Cili kering (dikisar halus)
  • Bawang putih (ditumbuk lumat)
  • Cuka (untuk rasa masam)
  • Garam
  • Bijan (disangai untuk aroma)
  • Tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air sebagai agen pemekat)

Cara-cara buat cucur (colek malah):

  1. Masukkan tepung gandum, yis, telur, garam, gula dan sedikit pewarna kuning ke dalam bekas besar.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata sehingga mendapat tekstur bancuhan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  3. Masukkan hirisan kangkung dan lobak merah. Gaul sehingga sebati.
  4. Tutup bekas dan perap selama 1 jam sehingga adunan mengembang dua kali ganda. Ini rahsia cucur yang ringan dan gebu!

Cara-cara buat sos pencicah:

  1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan gula. Masak sehingga gula larut sepenuhnya.
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar, bawang putih tumbuk, garam, cuka dan bijan.
  3. Biarkan sos mendidih seketika.
  4. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
  5. Pastikan anda rasa dahulu supaya ada keseimbangan rasa masam, manis dan masin.
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  7. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas menggunakan tangan atau sudu.
  8. Goreng sehingga warna keemasan dan garing. Angkat dan toskan.

Sumber: Anora Zara

Baca juga: Resipi Roti Naan Cheese Gebu & Leleh, Memang ‘Ngam’ Makan Dengan Kari Ayam

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago