Categories: Resipi

Resipi Bakso Simple Tapi Kuahnya Padu, Semua Yang Makan Terus Puji Sedap!

Kadang-kadang ada hari tak rasa nak makan nasi, jadi apa kata jom cuba resepi bakso simple yang pasti menjadi kegemaran ramai ini.

Kuahnya ringan tetapi penuh rasa, sesuai dimakan campur dengan bihun, mi, tauge dan kobis sawi. Cara masaknya pun mudah, jadi sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak cuba.

Resipi ini untuk 15 orang makan, namun boleh digandakan jika hidangan untuk ramai orang atau dikurangkan jika untuk jumlah kecil.

Baca juga: Cara Buat Soto Ayam Sedap Merecik, Tak Sedar Boleh Habis 2 Mangkuk!

RESEPI BAKSO SIMPLE

Bahan untuk kuah bakso:

  • 2 labu bawang putih
  • 4 biji bawang merah rose
  • 5 biji buah keras
  • Sedikit lada hitam
  • 6-7 batang daun bawang
  • Halia sebesar ibu jari
  • 1-2 tetel daging/tulang (ikut sukatan)
  • Bebola bakso daging brand Armiya
  • Bumbu Masako daging (wajib ada)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan untuk sambal merah:

  • Cili padi merah secukupnya
  • 3-4 ulas bawang putih

Bahan tambahan:

  • Kobis sawi, tauge
  • Kicap ABC dan sambal extra pedas ABC
  • Bihun atau mi

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng bahan-bahan berikut sehingga kekuningan: bawang putih, bawang merah, buah keras, lada hitam, daun bawang dan halia. Kemudian, kisar semua bahan hingga halus.
  2. Rebus daging atau tulang bersama sedikit tetel sehingga empuk.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk rebusan. Tambahkan bumbu Masako daging untuk mendapatkan rasa kuah bakso yang asli. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan bebola bakso daging brand Armiya ke dalam kuah dan biarkan mendidih seketika.
  5. Untuk sambal merah, rebus cili padi bersama bawang putih sehingga lembut, kemudian kisar dan campurkan sedikit ke dalam kuah bakso.
  6. Hidangkan bersama kobis sawi, tauge, bihun atau mee. Tambahkan kicap ABC dan sambal extra pedas ABC mengikut selera.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

5 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

5 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

6 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

10 hours ago