roti naan cheese

Memang puas hati kalau buat sendiri roti naan cheese di rumah kerana boleh letak keju sebanyak mana yang diinginkan.

Roti naan cheese yang gebu ini pula memang sedap dinikmati bersama kari ayam, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas ketika keju masih cair.

Selalunya jika beli di luar, keju yang digunakan agak sedikit atau roti tidak cukup lembut mengikut cita rasa kita. Sebab itu, membuat sendiri di rumah terasa lebih berbaloi.

Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini

RESEPI ROTI NAAN CHEESE

roti naan cheese

Bahan-bahan:

  • ½ kg tepung gandum
  • 1 paket kecil yis (11 g)
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 4 sudu minyak masak
  • 350 ml air
  • ½ sudu kecil garam
  • Mozarella parut secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kering ke dalam bekas, kemudian gaul bersama tepung menggunakan sudu.
  2. Masukkan minyak masak dan air, kemudian uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Perap doh selama 45 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda.
  4. Selepas 45 minit, uli doh seketika dan bahagikan kepada 6 bahagian sama besar.
  5. Bulatkan doh, kemudian leperkan dan letakkan keju mozzarella di bahagian tengah (anggaran ½ cawan). Bulatkan semula doh dan rehatkan selama 8 hingga 10 minit.
  6. Leperkan doh berinti keju tadi dan masak di atas kuali leper dengan api sederhana kecil.
  7. Masak kedua-dua permukaan sehingga keperangan.
  8. Angkat dan oleskan permukaan roti dengan sedikit mentega sebelum diangkat.

Sumber: Lizzy Azura

Baca juga: Resepi Lempeng Sedap Paling Mudah Guna Blender, Tetap Lembut Walaupun Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN