
Setiap kali selepas Tarawih, memang tak sah kalau tak makan ‘moreh’. Menu moreh yang sering dinikmati ialah colek malah atau dikenali colek malas.
Kesedapan colek malah ini terletak pada tekstur cucur sayurnya yang rangup di luar namun kekal lembut dan berongga di dalam.
Jika ada yang nak cuba buat sendiri colek malah untuk dinikmati selepas solat Tarawih, jom cuba resipi lengkap di bawah ini.
Baca juga: Nasi Putih Tak Habis? Jom Buat Cucur Nasi Jejari Ketam Untuk Sahur Nanti
RESEPI COLEK MALAH RANGUP DI LUAR & LEMBUT DI DALAM

Bahan cucur (colek malah):
- 1kg tepung gandum
- 1 paket yis segera (mauripan atau jenama pilihan)
- 1 biji telur ayam
- Sedikit garam (secukup rasa)
- Sedikit gula
- Pewarna kuning telur (untuk warna yang menarik)
- Sayur-sayuran: kangkung (dihiris) & lobak merah (disagat/hiris halus)
- Air secukupnya (untuk bancuhan)
Bahan sos pencicah:
- Air
- Gula (ikut tahap kemanisan yang disukai)
- Cili kering (dikisar halus)
- Bawang putih (ditumbuk lumat)
- Cuka (untuk rasa masam)
- Garam
- Bijan (disangai untuk aroma)
- Tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air sebagai agen pemekat)
Cara-cara buat cucur (colek malah):
- Masukkan tepung gandum, yis, telur, garam, gula dan sedikit pewarna kuning ke dalam bekas besar.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata sehingga mendapat tekstur bancuhan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
- Masukkan hirisan kangkung dan lobak merah. Gaul sehingga sebati.
- Tutup bekas dan perap selama 1 jam sehingga adunan mengembang dua kali ganda. Ini rahsia cucur yang ringan dan gebu!
Cara-cara buat sos pencicah:
- Panaskan air di dalam periuk dan masukkan gula. Masak sehingga gula larut sepenuhnya.
- Masukkan cili kering yang telah dikisar, bawang putih tumbuk, garam, cuka dan bijan.
- Biarkan sos mendidih seketika.
- Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
- Pastikan anda rasa dahulu supaya ada keseimbangan rasa masam, manis dan masin.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
- Jemputkan adunan ke dalam minyak panas menggunakan tangan atau sudu.
- Goreng sehingga warna keemasan dan garing. Angkat dan toskan.
Sumber: Anora Zara
Baca juga: Resipi Roti Naan Cheese Gebu & Leleh, Memang ‘Ngam’ Makan Dengan Kari Ayam
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














