
Selalunya kita dengar orang buat pisang goreng biasa saja, kali ini kami nak ajak anda buat kelainan dengan cara goreng pisang rangup, tapi lebih beraroma dengan bijan.
Pisang Goreng Bijan sangat popular di Thailand. Nampak lebih kurang sama seperti pisang goreng biasa, tapi taburan bijan membuatkan aromanya naik kelas dan rasanya lebih istimewa.
Tak sangka dengan cara goreng pisang rangup seperti yang dibuat oleh orang Thailand, bukan setakat rangup tahan lama, malah bau bijannya cukup menggoda. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Cucur Nasi Ikan Bilis Lembut, Rangup Di Luar Dan Gebu Di Dalam!
CARA GORENG PISANG RANGUP BIJAN

Bahan-bahan:
- Pisang nipah atau pisang abu (dibelah 4 hingga 5 bahagian)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu marjerin
- 1 sudu bijan
- Air secukupnya
- Secubit garam
- Gula secukup rasa
- Pewarna makanan kuning (pilihan, untuk warna lebih cantik)
*Tips: gabungan 3 jenis tepung membantu menghasilkan salutan yang rangup dan tak mudah lembik selepas digoreng.
Cara-cara buat:
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
2. Masukkan pisang yang telah dibelah ke dalam bancuhan tepung dan pastikan semua bahagian disaluti dengan sempurna.
3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Goreng pisang sehingga keemasan dan rangup.
4. Setelah masak, angkat pisang goreng dan toskan minyak berlebihan.
Cara goreng pisang rangup ini boleh digunakan untuk buat sarapan, minum petang atau juadah untuk tetamu. Selain sedap dimakan begitu saja, ia juga padu jika dicicah sambal kicap.
Selamat mencuba!
Sumber: kuali.com
Baca juga: Resepi Pisang Goreng Simple, Begini Cara Buat Tepung Tak Lari Semasa Goreng!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














