bubur kacang hijau

Setiap kali pergi kenduri kawin, mesti wajib makan bubur kacang. Bubur kacang hijau ini diibaratkan ‘pelengkap’ setiap kenduri kawin. Tiba-tiba rasa rindu pulak nak makan.

Bubur kacang ni boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang dicampur dengan durian! Yang kosong pun dah sedap, apatah lagi jika ditambah dengan durian.

Memang ngam sangat sekarang pun tengah musim durian, bolehlah buat bubur kacang hijau durian yang marvelous! Anda boleh cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah.

CARA BUAT BUBUR KACANG HIJAU ORANG KAWIN

Bahan-bahan:

  • 2 cawan teh kacang hijau
  • 1 ½ ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 kotak kecil santan SAJI (lebihkan lagi sedap)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 4 keping hirisan halia
  • Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yg disukai dan masukkan durian jika suka

Cara-cara penyediaanya:

  1. Kacang hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman (seeloknya rendam sebelum tidur, esok dah b0leh masak).
  2. Rebus kacang hijau sehingga empuk. Setelah kacang lembut tapis buang airnya.
  3. Dalam periuk, masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk kacang yang telah direbus.

    bubur kacang hijau

  4. Kacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati.

  5. Siap, selamat mencuba!

    bubur kacang hijau

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN