kuih getas

Kuih getas adalah sejenis kuih tradisional yang agak unik kerana rasanya yang manis dan berlemak. Ada juga yang memanggilnya getas-getas atau gegetas.

Cara penyediaannya adalah antara yang paling mudah berbanding kuih tradisional yang lain. Gosok, ratakan, goreng. Siap dalam 10 minit!

Baca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je

Rasanya yang lembut lagi kenyal menjadikannya sangat popular dan sering dihidangkan sebagai hidangan minum petang untuk seisi keluarga.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Rokiah Abdullah ini. Hanya guna tepung gandum, tepung pulut dan juga kelapa parut serta disira dengan gula selepas digoreng.


RESIPI KUIH GETAS

kuih getas

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji kelapa parut putih
  • Sedikit air garam
  • Air secukupnya untuk uli

Bahan sira gula:

  • 2 cawan air
  • 2 cawan gula

Cara penyediaan: 

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali air.

2. Gaul sebati kering dengan tangan barulah tuang air sedikit demi sedikit sambil mengadun sehinggalah tepung tidak melekat di jari.

3. Kalau terlebih air boleh tambah tepung sedikit ya.

4. Ambil adunan sebesar bola pingpong dan gentel bulat sedikit sebelum ditekan leper bagi dapatkan bentuk kuih getas yang bulat.

5. Kalau nak buat bujur memanjang pun boleh.Bila dah siap panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

6. Untuk cara sira gula pula,  masukkan air dan gula dalam kuali sehingga pekat dan menjadi seperti bertali sedikit dengan menggunakan api sederhana kecil.

7. Baru masukkan kuih dan kecilkan sedikit api sehingga gula tadi kering dan berbentuk hablur, baru padamkan api. Memang cantik kejadian kuih getas bila disira seperti ini.


Memang sedap lah untuk dijadikan hidangan minum petang. Selamat mencuba resepi kuih getas ini.

Baca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN