resipi ayam bakar madu

Resipi ayam bakar madu memang menjadi kegemaran ramai kerana gabungan rasa manis madu, pedas cili, dan masin yang seimbang.

Resipi ini sangat sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi lemak.

Selain itu, resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah ini menggunakan loyang biasa untuk membakar ayam dan hasilnya luar ayam menjadi lebih ‘moist‘.

Untuk lelaki yang sedang membaca entri hari ini, jangan salah faham dengan makna ‘madu’ itu ya. AWAS!

Jom baca resipi penuh di bawah.

Baca lagi: Cara Buat Bancuhan Tepung Goreng Cempedak, Confirm Tak Serap Minyak!

RESIPI AYAM BAKAR MADU

resipi ayam bakar madu

Bahan-bahan Ayam Bakar Madu:

  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 sudu besar serbuk cili*
  • 2 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar madu*
  • 2 sudu besar gula perang*
  • 2 sudu teh garam*
  • 2 titis pewarna merah (pilihan)*
  • 4 sudu besar minyak masak*
  • 1 ekor ayam atau 8-12 ketul ayam (ikut kesukaan)

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula, kisarkan semua bahan yang bertanda * iaitu bawang putih, halia, serbuk cili, sos tiram, madu, gula perang, garam, pewarna merah (jika suka) dan minyak masak sehingga halus dan sebati.

2. Setelah bahan-bahan perap dikisar, lumurkan ayam dengan bahan tersebut. Pastikan setiap bahagian ayam dilumuri dengan rata. Untuk rasa yang lebih enak, perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih lama (sehingga semalaman) di dalam peti sejuk supaya rempah benar-benar meresap ke dalam ayam.

3. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.

4. Letakkan ayam yang telah diperap di atas loyang biasa (tidak perlu guna ‘roasting pan’) dan bakar ayam selama 30 minit. Gunakan api atas dan bawah untuk memastikan ayam masak sekata.

5. Pada 5-7 minit terakhir, tukar kepada api atas sahaja untuk mendapatkan bahagian luar ayam yang lebih garing dan karamelisasi yang cantik.

6. Jika menggunakan air fryer, bakar ayam pada suhu 200°C selama 20-25 minit. Pastikan ayam disusun dalam satu lapisan agar masak sempurna.

Nota Tambahan:

  • Pewarna merah adalah pilihan, ia bertujuan untuk memberikan warna lebih menarik pada ayam tetapi tidak mempengaruhi rasa. Jika anda tidak suka menggunakan pewarna, boleh abaikan.
  • Jangan lupa untuk memeriksa ayam sebelum masa tamat untuk memastikan ayam tidak terlalu garing atau terlalu masak.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Resepi Kek Butter Mudah Versi Mak-Mak, Gebu Mulus Bukan Main Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN