Categories: Resipi

Resepi Udang Goreng Kunyit Simple & Sedap, Mudah Dibuat Di Rumah Untuk Hidangan Keluarga

Bulan Ramadan sudah tiba, ramai yang mencari menu berbuka puasa yang mudah tapi tetap sedap. Resepi udang goreng kunyit ini sesuai untuk anda yang nak hidangan cepat tapi penuh aroma wangi kunyit dan tumisan bawang.

Hanya dengan beberapa bahan mudah dari dapur, anda boleh sediakan udang goreng kunyit yang rangup, sedap dan confirm disukai keluarga. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak semasa berbuka.

Baca juga: Resepi Udang Diraja Mudah & Sedap, Aroma Rempah Buat Hidangan Lebih Istimewa Di Rumah

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • 500g udang, dibersihkan dan buang kepala (jika mahu)
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau, dihiris serong
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya

*Tip tambahan: Tambah serai atau daun limau purut semasa menumis untuk aroma lebih wangi dan rasa lebih special.

Cara-cara penyediaan:

1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam, biar 5 minit supaya kunyit meresap.

2. Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hingga wangi dan layu.

4. Masukkan udang ke dalam tumisan, gaul rata dan biar sebentar. Siap untuk dihidang!

Tips Untuk Lebih Sedap

  • Jangan goreng udang terlalu lama supaya tak keras.
  • Tambah sedikit air atau stok udang jika nak kuah ringan.
  • Variasikan dengan serbuk kari atau serai untuk aroma lebih unik.

Hidangan ini confirm jadi kegemaran keluarga semasa Ramadan! Mudah, cepat dan rasa maksimum tanpa perlu bahan rumit.

Selamat mencuba!

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Udang Masak Singgang Menyegarkan, Resipi Campak-Campak Ini 15 Minit Terus Siap

Aimi

Recent Posts

Kilang Ayam Tak Patuh Syarak ‘Diserbu’, Proses 40,000 Ekor Sehari! Mufti Jelaskan Hukum Jika Pernah Termakan

Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…

2 hours ago

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

3 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago