
Bulan Ramadan sudah tiba, ramai yang mencari menu berbuka puasa yang mudah tapi tetap sedap. Resepi udang goreng kunyit ini sesuai untuk anda yang nak hidangan cepat tapi penuh aroma wangi kunyit dan tumisan bawang.
Hanya dengan beberapa bahan mudah dari dapur, anda boleh sediakan udang goreng kunyit yang rangup, sedap dan confirm disukai keluarga. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak semasa berbuka.
Baca juga: Resepi Udang Diraja Mudah & Sedap, Aroma Rempah Buat Hidangan Lebih Istimewa Di Rumah
RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
- 500g udang, dibersihkan dan buang kepala (jika mahu)
- 1 labu bawang besar, dihiris
- 3 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau, dihiris serong
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa (jika suka)
- Minyak masak secukupnya
*Tip tambahan: Tambah serai atau daun limau purut semasa menumis untuk aroma lebih wangi dan rasa lebih special.
Cara-cara penyediaan:
1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam, biar 5 minit supaya kunyit meresap.
2. Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hingga wangi dan layu.
4. Masukkan udang ke dalam tumisan, gaul rata dan biar sebentar. Siap untuk dihidang!
Tips Untuk Lebih Sedap
- Jangan goreng udang terlalu lama supaya tak keras.
- Tambah sedikit air atau stok udang jika nak kuah ringan.
- Variasikan dengan serbuk kari atau serai untuk aroma lebih unik.
Hidangan ini confirm jadi kegemaran keluarga semasa Ramadan! Mudah, cepat dan rasa maksimum tanpa perlu bahan rumit.
Selamat mencuba!
Sumber: Khalif Khlif
Baca juga: Udang Masak Singgang Menyegarkan, Resipi Campak-Campak Ini 15 Minit Terus Siap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














