udang masak singgang

Kalau anda tengah cari menu berkuah yang ringkas, sihat dan menyegarkan, udang masak singgang memang pilihan terbaik.

Kuah singgang yang ringan, beraroma herba dan tidak berminyak menjadikan hidangan ini sesuai untuk mereka yang berdiet, malah yang tak berdiet pun pasti suka. Dapat pula hirup kuah panas-panas, memang terus naik selera.

Resipi ini dikongsikan oleh KakSlina Vlogs di YouTube dan caranya sangat mudah, cuma main campak bahan, biar mendidih, terus siap!

Baca juga: Cara Simpan Udang Tahan Lama, Tabur Sedikit Bahan Rahsia Terus Segar Macam Baru Naik Dari Laut

RESIPI UDANG MASAK SINGGANG

udang masak singgang

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya (untuk kuah singgang)
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • Halia – hiris nipis
  • Lengkuas – hiris
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk pati cendawan secukupnya
  • 2–3 helai daun limau purut
  • Tauhu (pilihan)
  • ½ biji bawang holland – hiris kasar
  • Udang (guna banyak sikit, lagi sedap)
  • 1 biji tomato – potong
  • Cili padi – ikut tahap pedas

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan kuali atau periuk, masukkan air secukupnya.

2. Masukkan bawang putih, halia, lengkuas dan serai yang diketuk.

3. Tambahkan kiub ayam, garam, gula, serbuk pati cendawan serta daun limau purut. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan tauhu dan bawang holland. Biarkan kuah mendidih.

5. Bila air menggelegak, masukkan udang, tomato dan cili padi.

6. Kacau rata dan biarkan beberapa minit sehingga udang masak.

7. Perasakan semula ikut citarasa. Tutup api dan siap untuk dihidang.

Tips Supaya Lagi Sedap

  • Tambah air kalau nak kuah lebih banyak
  • Boleh masukkan sayur seperti sawi atau lobak putih
  • Lagi lama reneh, lagi naik aroma herba
  • Udang letak akhir supaya tak overcook

Sesekali masak menu simple macam udang masak singgang ini memang berbaloi. Tak perlu tumis, tak perlu kisar, campak bahan terus siap. Kalau tak cuba resipi mudah macam ini, memang rugi.

Selamat mencuba!

Sumber: kakslina vlogs

Baca juga: Udang Masak Butter Paling Senang, Kali Pertama Cuba Pun Terus Menjadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN