
Tak perlu pening kepala nak masak apa untuk lauk tengah hari, buat saja resipi Ayam Kicap Daun Kari ini. Bukan setakat mudah dan cepat, malah kena dengan selera seisi keluarga.
Ayam kicap biasa sudah sedap, tapi apabila ditambah daun kari, rasanya jadi lebih harum, pekat dan padu. Baunya semasa menumis boleh buat jiran sebelah terliur.
Jika anda buat resipi Ayam Kicap Daun Kari yang dikongsikan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli di Facebook, kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Ayam Goreng Rangup Tahan Lama, Guna Teknik Ini Baru Hasil Menjadi!
RESIPI AYAM KICAP DAUN KARI

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air)
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
- 2 labu bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Minyak masak secukupnya
- 1 cawan daun kari
- Sedikit air
- 1 sudu rempah kari ayam/daging
- 1 sup bunjut
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap pekat
- Kicap manis secukup rasa
- 2 asam keping
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sampai garing. Ketepikan.
2. Kemudian, buang sedikit minyak lebihan dan panaskan semula. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama sedikit air.
3. Selepas itu, tumis daun kari dalam minyak panas tadi. Masukkan bahan kisar, tumis sampai garing.
4. Seterusnya, masukkan sup bunjut dan serbuk kari. Kacau rata. Tambah sedikit air dan asam keping.
5. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Kacau sampai mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng. Gaul rata sampai sebati. Siap untuk dihidang!

Nak makan tengah hari atau malam, lauk ini memang tak pernah mengecewakan. Ayam Kicap Daun Kari ini pasti akan buat keluarga anda tersenyum puas.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Fakhira Mohd Rosli
Baca juga: Kari Ayam Kapitan Nyonya, Bau Harum Rempahnya Tak Sama Macam Kari Biasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














