Categories: Resipi

Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!

Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang berkrim. Resepi tiramisu tanpa telur ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan.

Resipi tiramisu ini menghasilkan 4 hidangan yang pasti memikat selera. Ia juga boleh disediakan dalam gelas kecil untuk memudahkan penyajian individu, terutama semasa majlis keramaian.

Jom cuba buat, pasti sedap dan puas hati!

Baca lagi: Chewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya!

RESEPI TIRAMISU TANPA TELUR

Bahan-Bahan:

  • 250ml Whipping Cream
  • 4 sudu besar Gula Icing
  • 250g Krim Keju (Cream Cheese)
  • 400ml Bancuhan Nescafe (tanpa gula, campuran kopi dan air)
  • 12-15 Biskut Ladyfinger
  • Serbuk Koko (untuk hiasan)

Langkah-Langkah Penyediaan:

1. Dalam mangkuk besar, pukul whipping cream bersama gula icing sehingga mencapai tekstur soft peak. Ini bermaksud adunan cukup kental untuk membentuk puncak lembut. Ketepikan adunan untuk digunakan kemudian.

2. Pukul krim keju dalam mangkuk berasingan bersama 2-3 sudu besar bancuhan nescafe.

3. Pastikan krim keju menjadi kembang dan licin.

4. Satukan whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam adunan krim keju dan pukul hingga semuanya sebati tanpa ketulan.

5. Celupkan biskut ladyfinger ke dalam lebihan bancuhan nescafe. Jangan rendam terlalu lama supaya biskut tidak hancur.

6. Susun biskut dalam bekas pilihan anda. Jika menggunakan gelas, potong biskut kepada saiz kecil supaya muat dengan ruang gelas.

7. Ambil adunan krim keju dan ratakan di atas lapisan biskut. Jika menggunakan gelas, masukkan adunan ke dalam piping bag untuk hasil yang lebih kemas.

8. Taburkan serbuk koko di atas lapisan krim menggunakan penapis kecil supaya serbuk koko kelihatan rata dan halus.

9. Ulang langkah penyusunan biskut dan lapisan krim untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua lapisan.

10. Di bahagian atas sekali, taburkan serbuk koko dengan lebih tebal untuk penampilan yang menarik.

11. Sejukkan tiramisu dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2-3 jam. Proses ini membantu mencipta tekstur yang lebih padat dan rasa yang lebih kaya.

Tips dan Nota Tambahan:

  • Jika anda menggunakan mascarpone cheese, tekstur tiramisu akan lebih tegap dan cantik terbentuk.
  • Jika anda menggunakan jenis krim keju lain, campurkan gelatin untuk membantu menstabilkan adunan. Gandakan bancuhan jika ingin mendapatkan tekstur yang lebih penuh seperti kek.

Sumber: Keroroyz Royz

Baca lagi: Cara Masak Miang Pla Pao, Guna Resipi Ini Untuk Dapat Hasil Sedap Macam Kedai Thai

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

4 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

5 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

6 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

9 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

9 hours ago