nescafe ais bungkus mangkuk

Biasanya bila kita ke kedai makan, sering kali kita memesan ‘air mangkuk’ untuk mendapatkan air yang lebih banyak berbanding dengan gelas biasa dan mudah untuk dibawa pulang jika tidak habis.

Air mangkuk ini bermaksud air yang dimasukkan ke dalam plastik lalu diikat tepi dan seterusnya diletakkan ke dalam mangkuk.

Walau bagaimanapun, masih ada sesetengah kedai atau gerai makan yang tidak menggunakan konsep ‘air mangkuk’ ini dan akhirnya boleh mencetuskan salah faham mengenai pesanan tersebut.

Seperti yang menimpa sebuah keluarga ini, apabila mereka telah membuat pesanan air Nescafe ais mangkuk di sebuah kedai makan.

Namun begitu menerusi video yang tular di laman TikTok tersebut, apa yang sampai di meja mereka bukanlah air mangkuk yang biasa kita dapat.

Rupa-rupanya hanya air Nescafe semata-mata yang diletakkan terus ke dalam mangkuk.

“Aku order Nescafe ais mangkuk, kau tengok. Zoom sikit camera. Dia bagi betul-betul dalam mangkuk,” katanya berseloroh mengenai situasi yang menimpa dia dan keluarganya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat ‘air mangkuk’ yang diberikan pada mereka itu.

Video penuh:

Sumber: TikTok ilithingz

Baca juga: Ibu Terkesima Anak Mandi Telur, Netizen Cakap Dah Boleh Goreng Celup Tepung Budak Ni

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN