
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang berkrim. Resepi tiramisu tanpa telur ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan.
Resipi tiramisu ini menghasilkan 4 hidangan yang pasti memikat selera. Ia juga boleh disediakan dalam gelas kecil untuk memudahkan penyajian individu, terutama semasa majlis keramaian.
Jom cuba buat, pasti sedap dan puas hati!
Baca lagi: Chewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya!
RESEPI TIRAMISU TANPA TELUR
Bahan-Bahan:
- 250ml Whipping Cream
- 4 sudu besar Gula Icing
- 250g Krim Keju (Cream Cheese)
- 400ml Bancuhan Nescafe (tanpa gula, campuran kopi dan air)
- 12-15 Biskut Ladyfinger
- Serbuk Koko (untuk hiasan)
Langkah-Langkah Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul whipping cream bersama gula icing sehingga mencapai tekstur soft peak. Ini bermaksud adunan cukup kental untuk membentuk puncak lembut. Ketepikan adunan untuk digunakan kemudian.
2. Pukul krim keju dalam mangkuk berasingan bersama 2-3 sudu besar bancuhan nescafe.
3. Pastikan krim keju menjadi kembang dan licin.
4. Satukan whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam adunan krim keju dan pukul hingga semuanya sebati tanpa ketulan.
5. Celupkan biskut ladyfinger ke dalam lebihan bancuhan nescafe. Jangan rendam terlalu lama supaya biskut tidak hancur.
6. Susun biskut dalam bekas pilihan anda. Jika menggunakan gelas, potong biskut kepada saiz kecil supaya muat dengan ruang gelas.
7. Ambil adunan krim keju dan ratakan di atas lapisan biskut. Jika menggunakan gelas, masukkan adunan ke dalam piping bag untuk hasil yang lebih kemas.
8. Taburkan serbuk koko di atas lapisan krim menggunakan penapis kecil supaya serbuk koko kelihatan rata dan halus.
9. Ulang langkah penyusunan biskut dan lapisan krim untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua lapisan.
10. Di bahagian atas sekali, taburkan serbuk koko dengan lebih tebal untuk penampilan yang menarik.
11. Sejukkan tiramisu dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2-3 jam. Proses ini membantu mencipta tekstur yang lebih padat dan rasa yang lebih kaya.
Tips dan Nota Tambahan:
- Jika anda menggunakan mascarpone cheese, tekstur tiramisu akan lebih tegap dan cantik terbentuk.
- Jika anda menggunakan jenis krim keju lain, campurkan gelatin untuk membantu menstabilkan adunan. Gandakan bancuhan jika ingin mendapatkan tekstur yang lebih penuh seperti kek.
Sumber: Keroroyz Royz
Baca lagi: Cara Masak Miang Pla Pao, Guna Resipi Ini Untuk Dapat Hasil Sedap Macam Kedai Thai
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Cara Masak Ayam Rendang Simple, Kuah Cantik Dan Merah Elok Kejadiannya
Resepi Susu Kurma Cincau Lemak Berkrim, Penyejuk Tekak Ketika Cuaca Panas
Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis
Resipi Popia Asia Yang Mudah, Rangupnya Tak Sangka Sampai Ke Petang!
Wanita Kongsi Resipi ‘Telur Dadar Pedas’ Arwah Atuk, Memang Lagi Padu Dari Biasa!
Artikel Popular
Nak Makan Halal Di Hong Kong, Ini 7 Destinasi Menarik Dengan Pilihan Menu Sedap & Unik
Resipi Tiramisu Tak Perlu Banyak Bahan, Janji Lazat Setanding Dijual Di Kedai!
Cara Buat Kacang Goreng Crispy Spicy, Semudah ABC!
Rahsia Nasi Goreng Telur Campak-Campak Jadi Sedap, Masukkan Bahan ‘Ini’
Ayam Masak Minang, Ramai ‘Approve’ Hasil Kuah Cantik Dengan Resipi Ini
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














