resepi tempe

Kalau anda suka makanan rangup dan berempah, memang kena cuba resepi tempe mendoan. Hidangan ini berasal dari Indonesia dan menggunakan tempe yang dicelup dalam adunan tepung sebelum digoreng.

Apa yang lagi menarik, tekstur di luarnya rangup tapi di dalam lembut. Kalau cicah dengan sambal kicap, memang cukup power!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Siti Zanariah Khalit di bawah.

Baca juga: Jangan Buang Tempe Berbau, Rupanya Sedap Jika Goreng Ikut Cara Ini

RESEPI TEMPE MENDOAN

Bahan-bahan:

  • Tempe secukupnya (potong nipis)

Bahan Salutan:

  • 1 ⅓ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung beras
  • 1 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • ½ inci kunyit*
  • ½ sudu teh jintan manis*
  • ½ sudu teh jintan putih*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cili flakes
  • Hirisan daun sup
  • 1 ⅓ cawan air

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bahan bertanda (*).

2. Satukan tepung, bahan tumbuk, garam, serbuk perasa, cili flake, dan air. Gaul rata. Kemudian masukkan daun sup.

resepi tempe

3. Celup tempe yang sudah dipotong nipis ke dalam adunan tepung. Goreng dengan api sederhana.

4. Sedia dinikmati.

resepi tempe

Kredit resipi dan gambar: Siti Zanariah Khalit

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN