chili flakes homemade

Jom cuba buat chili flakes homemade. Lebih jimat sebenarnya jika buat sendiri chili flakes ini di rumah dan anda juga boleh ‘adjust’ tahap kepedasan mengikut cita rasa.

Chili flakes atau serbuk kasar cili kering ini merupakan salah satu bahan yang diperlukan untuk memasak makanan Barat. Tidak kira pasta atau makaroni, chili flakes akan memberikan rasa yang lebih sedap dan menambah warna dalam masakan.

Namun, harga chili flakes di pasaran boleh tahan mahal juga. Kalau nak lebih jimat, apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Chili flakes yang dibuat sendiri juga dijamin lebih bersih kalau buat sendiri.

Baca juga: Cara Buat Mayonis Homemade Guna 5 Bahan, Lagi SEDAP Dari Beli!

Chili Flakes Homemade

Cara-cara:

1. Potong cili kering.

2. Basuh cili kering sehingga bersih.

3. Kemudia toskan sehingga benar-benar kering. Lebih bagus jika jemur di bawah matahari sehingga kering.

4. Kemudian, sangai cili kering di dalam kuali. Sangai tanpa minyak.

chili flakes homemade

5. Bila dah siap sangai, sejukkan terlebih dahulu.

6. Bila dah sejuk, kisar cili kering menggunakan pengisar kering.

7. Kalau cili masih lembap, sangai semula cili kering yang sudah dikisar itu.

chili flakes homemade

Kredit: Norhaida Mohd Amin

Baca juga: Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN