laksa lemak utara

Mari cuba buat Laksa Lemak Utara versi tumis. Kuah laksa ini disediakan menggunakan sardin tin. Bukan saja enak, ia juga mudah untuk disediakan. 

Membuat kuah laksa biasa agak rumit. Dengan menggunakan ikan sardin tin, anda tidak perlu merebus ikan dengan susah payah. Ini membuat kerja lebih mudah. Kuah laksa ini berbeza dengan kuah laksa biasa yang biasa kita nikmati.

Baca juga: Laksa Lemak Siam, Menu ‘Rare’ Kuah Pekat Guna Resipi ASLI

Untuk resipi laksa versi tumis ini, anda boleh mengikuti cara yang dikongsikan oleh Syana Anuya Manmad. Tanpa membuang masa, mari kita lihat satu per satu bahan yang diperlukan. 

RESIPI LAKSA LEMAK UTARA VERSI TUMIS

laksa lemak utara

Bahan-bahan tumis: 

*Kisar sehingga halus bahan-bahan di atas.

laksa lemak utara

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus serbuk kari ikan/ ayam/ daging (bancuh dengan air dan jadi kan pes)
  • 1 tin sardin & 1 tin mackerel*
  • 1 kotak kecik santan
  • 2 batang serai diketul
  • Minyak untuk menumis
  • Air untuk kuah
  • 3-4 asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

*Basuh dulu dua jenis ikan ini. Kemudian, kisar halus ikan sardin manakala ikan mackerel pulak kisar kasar.

Bahan-bahan hiasan:

  • Timun
  • Bawang besar
  • Salad
  • Cili besar/ padi
  • Daun pudina
  • Nanas
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak.

2. Tumis serai, pes serbuk kari, dan bahan-bahan yang diblend sehingga naik minyak.

3. Masukkan ikan sardin yang telah diblend dan air untuk kuah, mengikut kuantiti yang diinginkan.

4. Kacau-kacau supaya sebati.

5. Tambahkan asam keping, daun kesom, dan bunga kantan.

6. Setelah mendidih, masukkan santan dan kecilkan api supaya santan tidak pecah minyak.

7. Setelah sebati, tambahkan garam, gula, serbuk perasa, dan bahan lain mengikut selera. Boleh tambahkan ajinomoto jika dikehendaki.

8. Bila rasanya sudah sedap, tambahkan sedikit petis (otak udang) untuk meningkatkan kelezatan laksa lemak utara.

Selamat mencuba buat laksa versi tumis ini.

Sumber: Syana Anuya Manmad

Baca juga: Laksa Mee Pangkor Resipi ASLI, Hidangan Signature Unik di Pulau Pangkor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN