sambal tempe ikan bilis

Kalau malas masak banyak lauk, kita kena sediakan makanan yang sedia untuk dimakan seperti Sambal Tempe Ikan Bilis Dan Kacang ni.

Buat banyak-banyak untuk dijadikan stok, sedap makan dengan nasi panas-panas. Satu lauk ini pun dah cukup.

bulan Ramadhan pun akan tiba tak lama lagi, sangat sesuai dijadikan stok untuk sahur. Kalau terlambat bangun, dah ada makanan untuk dijadikan menu sahur.

Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian oleh Sharinaz Redwan di bawah.

Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang

Bahan-bahan goreng:

  • 6 peket tempe – hiris nipis, goreng sehingga rangup

sambal tempe ikan bilis

  • 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (Kalau goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, akan rangup balik)

  • 500g kacang – cuci, tos, goreng

Bahan-bahan sambal:

  • 2 senduk cili blend – guna cili kerinting supaya lagi pedas
  • 3 biji bawang merah – blend
  • 5 ulas bawang putih – blend
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Minyak goreng tempe tadi

Cara-cara:

1. Tumis bahan blend bersama gula kabung, asam keping sehingga pecah minyak. Masak lama sikit sehingga cili garing.

2. Bila dah siap, tutup api dan letak garam mengikut selera masing-masing. Kemudian masukkan bahan-bahan goreng dan gaul rata.

sambal tempe ikan bilis

3. Bila dah siap, tutup api dan letak dalam bekas. Sejukkan terlebih dahulu sebelum tutup bekas.

sambal tempe ikan bilis

Selamat mencuba!

sambal tempe ikan bilis

Kredit: Sharinaz Redwan

Baca juga: Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN