resepi telur dadar

Kalau dah bosan asyik makan ayam saja, boleh cuba resepi telur dadar masak lemak cili api pula. Resipi ini bukan saja lain dari lain, malah ia juga menjimatkan kerana tidak perlu menggunakan ayam sama sekali.

Bukan itu saja, menu ini sesuai untuk mereka yang sedang berjimat cermat sementara menunggu hari gaji. Kalau ada yang mahu mencuba, jom cuba masak menggunakan resipi di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Telur Goreng Budu, Sedap ‘Dooh’ Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

RESEPI TELUR DADAR MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • Telur dadar 5 biji (kena tebal baru sedap)
  • 4 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Segengam cili api merah/hijai*
  • Kunyit hidup (sukatan agak-agak)*
  • 2 batang serai
  • 1 kotak santan
  • Asam keping

Cara memasak:

1. Kisar bahan bertanda (*). Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar kasar bersama serai sampai agak keperangan.

2. Kemudian, masukkan 1 kotak santan bersama 2 kotak air biasa.

3. Seterusnya, masukkan asam keping.

4. Masukkan juga bahan perasa seperti gula dan garam secukup rasa.

5. Akhir sekali, masukkan telur dadar yang digoreng sekejap sahaja. Pastikan telur dadar tidak hancur.

6. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Nota kaki: Boleh masukkan sayur seperti kacang panjang, kacang buncis, ubi kentang, belimbing buluh.

resepi telur dadar

Kredit resipi dan gambar: Alynn Johanariffin

Baca juga: Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN