Kali ini kita kongsikan lagi resepi sarapan pagi yang mudah iaitu chee cheong fun. Kebiasaannya di restoran Cina atau di kedai dimsum, ini merupakan salah satu menu sarapan pagi yang terkenal. Mereka akan memakai kain untuk memasaknya supaya hasil chee cheong fun itu menjadi lebih nipis.

Kalau kita nak buat di rumah, korang boleh je buat di atas tray supaya ia lagi mudah. Jom cuba resepi chee cheong fun ini.

Bahan-bahan chee cheong fun

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 cawan air

Bahan-bahan kuah

  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 1/2 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Kacau bahan-bahan chee cheong fun sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.
  2. Oleskan minyak pada tray, tidak perlu dalam kuantiti yang banyak. Sekadar nak bagi licin sahaja.
  3. Letak elok-elok dan rata, pastikan anda adjust ke kiri dan ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.
  4. Jangan letak air tepung yang terlalu banyak, buat senipis yang mungkin. Letakkan udang, sekiranya udang kecil, masa untuk mengukus perlu dikurangkan.
  5. Kukus selama 1 minit 30 saat. Angkat tray dan buang air lebihan sekiranya ada, gulungkan secara perlahan-lahan.
  6. Untuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan-bahan untuk kuah tersebut dan boleh diletakkan di atas chee cheong fun. Tambahkan minyak bijan, supaya lebih sedap.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Li Yow

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN