resepi telur berlada

Jika anda tercari-cari menu yang ringkas dan cepat untuk dimasak, jom cuba resepi telur berlada ini.

Tak perlu lauk mewah, lauk simple seperti ini pun sudah boleh membuka selera sesiapa sahaja.

Walaupun lauk biasa-biasa, tapi kalau makan dengan nasi panas memang sangat menyelerakan.

Baca juga: Tips Buat Telur Mata Kerbau Yang ‘Perfect’, Barulah Bulat Elok & Tak Mudah Pecah!

RESEPI TELUR BERLADA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Telur
  • Bawang besar*
  • Bawang putih
  • Cili api*
  • Asam keping saiz kecil
  • Bawang besar potong bulat
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Air
  • Minyak masak

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Goreng telur, buat telur mata. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar semua bahan yang bertanda (*) menggunakan chopper.

3. Kemudian tumis bahan yang dikisar tadi sehingga terbit minyak.

4. Letakkan juga sedikit air dan tumis lagi sampai terbit minyak. Ulang sampai 3 kali supaya cili betul-betul masak.

5. Perasakan dengan asam keping, garam, gula dan ajinomoto. Kacau hingga sebati.

6. Kalau sambal kering, tambah sedikit air.

7. Masukkan bawang yang dipotong bulat. Kacau sebati dan biar sehingga sedikit layu.

8. Masukkan telur mata dan kacau.

9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hamizah Yatim

Baca juga: Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN