pes ibu sambal

Bila ada pes ibu sambal ni, makin cepat la kerja mak-mak kat dapur. Lagi-lagi ketika masak sahur pada bulan Ramadan.

Apa yang lebih menarik, boleh buat pes asam pedas juga. Bila nak masak, ambil je sesudu dua atau secukupnya.

Resipi menarik oleh Mardhiyyah Mohd ini boleh anda cuba. Buat sekuali terus, tahan lama dalam peti ais.

PES IBU SAMBAL

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering

Cara-cara:

1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumis terlebih dahulu dengan minyak masak.

2. Bila bawang dah setengah masak, masukkan cili kering yang sudah direbus dan dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Bila dah sejuk, tuangkan ke bekas dan simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.

Pes ini boleh guna untuk buat rencah mee goreng, kuey teow, ayam masak merah, sambal nasi lemak, sambal sotong/udang dan pelbagai lagi menu lain.

PES ASAM PEDAS

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Halba

Cara-cara:

1. Cara buat pes asam pedas sama macam ibu sambal. Cuma bezanya ada penambahan halia, kunyit hidup dan halba. Halba masuk sebiji ya, jangan kisar.

Cara menggunakannya, ambil 2-3 senduk pes (ikut tahap kepekatan yang diinginkan), panaskan sekejap pes.

Lepastu masukkan air asam jawa, masukkan air. Bila dah agak-agak mendidih masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun kesum dan bendi, siap.

Kredit: Mardhiyyah Mohd

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending