cocktail buah

Sekarang tengah viral orang jual cocktail buah ni kan? Tapi kedai yang jual tu semua jauh dengan rumah.

Rupanya mudah je nak buat sendiri dekat rumah. Lagi puas hati boleh letak bahan dan ubahsuai kemanisan mengikut citarasa masing-masing.

Hasilnya memang berlemak dan berkrim, sedap! Jom lihat resipi cocktail rasa mantap macam dekat kedai di bawah.

CARA BUAT COCKTAIL BUAH SEDAP BERKRIM

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah naga
  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji mangga kuning
  • Anggur
  • 1 tin laici
  • 1 ½ tin susu cair
  • Yogurt campuran (jika suka, lagi sedap kalau letak)
  • Susu pekat (kuantiti ikut manis yang disukai)
  • Sagu yang telah dimasak
  • Ais

Cara-caranya:

1. Potong dadu buah naga, epal merah, epal hijau, mangga kuning serta belah dua buah anggur.

2. Satukan kesemuanya dalam mangkuk yang besar.

3. Tuankan 1 tin laici, susu cair, yogurt dan susu pekat. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan sagu yang telah dimasak. Gaul rata.

Baca juga: Tips Masak Sagu Dengan Sukatan Air Yang Betul, Baru Lah Biji Sagu Jernih & Tidak Hancur

5. Akhir sekali masukkan ais. Siap untuk dinikmati.

Lihat video penuh:

@kyraamiraa

Nak pergi kedai kieda crepe kat penang jauh sangat , kita buat sendiri jela #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak

♬ Every Second – Mina Okabe

Kredit: TikTok @kyraamiraa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN