bubur sagu sum sum

Jom cuba resipi Bubur Sagu Sum Sum ini. Sesuai untuk korang yang sukakan pencuci mulut berlapis-lapis dan rasa lemak-lemak manis.

Tengok je pun dah nampak sedap dan menggiurkan. Lagi bertambah enak makan sejuk-sejuk atau buat makan santai.

Kadang-kadang tekak ni mencari benda manis-manis. Makan kek atau dessert lain kurang lalu kat tekak.

Baca juga: Arwah Tok Kongsi Resipi Bubur Gandum, Mudah & Sedap Rasanya

Tapi kalau makan pencuci mulut yang ada lemak santan dan manis air gula ni sedapnya lain macam. Bila mengalir kat tekak terasa nikmatnya.

Bubur sagu sum-sum ni lebih menarik sebab ada lapisan sagu tu sendiri. Kalau korang jenis suka makan dessert yang ada sagu, tahulah kesedepan rasa dan teksturnya yang kenyal-kenyal tu.

Pencuci mulut akan terasa lengkap dengan adanya lapisan sagu, santan dan air gula melaka. Nak buat bubur sagu sum sum ni mudah je.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Balqis. Mudah nak faham langkah-langkahnya.

Bahan yang diperlukan pun tak banyak, dan kesemuanya masak atas dapur je.


Resipi Bubur Sagu Sum Sum

Bahan lapisan sagu:

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 titik esen pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan lapisan bubur sum sum:

  • 4 cawan santan
  • ½ cawan tepung beras
  • Garam secukupnya

Bahan sirap gula:

  • 1 keping gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • ½ cawan air
  • 1 titik esen pandan

Cara buat lapisan sagu:

1. Masak air bersama sagu dalam periuk sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Bajet-bajet warna hijaunya. Kacau sehingga jernih.

3. Kalau ikut resepi asalnya, lepas masak, sambung pula kukus sampai sagu jernih.

4. Tapi untuk resepi ni, nak mudah masak terus sampai jernih. Kena rajin kacau.

5. Sediakan bekas sesuai.

6. Lepas tu sendukkan sagu dan masukkan dalam bekas. Sejukkan.

Cara buat lapisan bubur sum sum:

1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.

2. Kacau sehingga sebati dan masak atas dapur sehingga pekat dan meletup-letup.

3. Kena pastikan sentiasa kacau dengan api sederhana untuk elakkan berketul-ketul.

4. Lepas masak elok, terus tutup api.

5. Tuangkan adunan ni atas sagu tadi. Sejukkan.

Cara buat sirap gula:

1. Satukan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga bahan semua larut sebati.

2. Lepas dah elok cair, tutup api.

3. Tapiskan ke dalam bekas sesuai. Sejukkan.


Bila nak hidangkan je, tuang sirap gula melaka anda ikut tahap manis anda suka.

Gabungan sagu, bubur sum sum yang lemak masin dan sirap gula ni memang padu rasanya.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN