Resepi tauhu berlauk ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Tanpa menggunakan acuan, anda sudah boleh menghasilkan tauhu bergedil berlauk yang lembut dan padat.

Cicah pula dengan sambal kicap padu, memang lagi terangkat dibuatnya! Jom follow resipi lengkap perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Tips Goreng Tauhu Begedil Supaya Minyak Lambat Berbuih & Tak Cepat Kotor

RESEPI TAUHU BERLAUK

Bahan kisar:

  • 3 keping tauhu petak biasa
  • 3 batang tauhu telur
  • 2-3 biji kentang dihiris dan digoreng terlebih dahulu
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Suku gelas air

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan di atas hingga lumat (boleh juga kisar separuh-separuh dan satukan semua setelah siap).

Bahan sayur dan isi:

  • 1 mangkuk isi ayam bahagian dada dicincang lumat (ayam lebih baru sedap)
  • 3 biji telur
  • 3 tangkai daun bawang & daun sup dihiris
  • 1 biji lobak merah disagat dan hiris halus (optional)

Cara-cara:

1. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas besar yang tahan panas bersama semua bahan-bahan lain. Kacau sebati dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

2. Setelah sejuk, boleh potong kepada saiz yang kecil.

3. Cara menggorengnya pula, celup tauhu ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng dengan api sederhana sehingga perang. siap. Sedia dimakan bersama sambal cili kicap.

resepi tauhu berlauk

RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili padi atau mengikut tahap kepedasan yang disukai
  • 6 biji bawang putih

Cara-cara:

1. Goreng kedua-dua bahan di atas sehingga layu. Kemudian, kisar bersama kicap lemak manis. Siap!

resepi tauhu berlauk

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN