tauhu telur homemade

Mudah je nak buat tauhu telur homemade. Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap.

Tauhu ini sangat mudah didapati di pasaraya, namun ia juga sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Malah rasanya juga lebih sedap dan dijamin bersih serta halal. Saudari Zaimah Zakaria ada berkongsikan cara-caranya di bawah, jom cuba!

Cara Buat Tauhu Telur Homemade

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A
  • 225 ml air soya
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Plastik aiskrim

tauhu telur homemade

Cara-cara:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam.

2. Kemudian tuangkan air soya dan kacau sebati.

3. Kemudian tapiskan ke dalam mangkuk lain untuk mengasingkan buih-buihnya.

4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.

tauhu telur homemade

5. Panaskan air dalam periuk, jangan sampai mendidih.

6. Masukkan tauhu tadi, masak selama 30 minit menggunakan api perlahan.

7. Bila dah bertukar warna, tandanya dah masak. Angkat tauhu dan sejukkan.

8. Sejukkan dulu baru sedia untuk dipotong.

tauhu telur homemade

9. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.

10. Goreng dalam minyak sehingga keperangan.

11. Sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.

Kredit: Zaimah Zakaria

Baca juga: Resipi Sup Tauhu Telur Chinese Style, Anak-Anak Pasti Suka Masakan Begini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN