Resepi sup daging dan tulang adalah hidangan yang sangat digemari ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat.
Namun, ada satu masalah yang sering dihadapi iaitu sup menjadi berminyak dan berlemak selepas sejuk.
Jika anda ingin menikmati sup yang sedap tanpa lemak, ada satu petua mudah yang boleh anda cuba di rumah.
Petua ini perlu menggunakan timun semasa memasak sup. Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi timun sebenarnya boleh mengurangkan kandungan lemak dalam sup.
Cara ini bukan sahaja mudah, tetapi juga berkesan untuk memastikan sup anda tidak terlalu berlemak dan tetap sedap.
Baca juga: Sedapnya Roti Cicah ‘Sup Mamak’, Ada Petua Supaya Kuah Jadi Pekat
RESEPI SUP DAGING & PETUA AGAR TAK BERLEMAK
Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Sharifah Norita. Berikut adalah perkongsian yang olehnya:
“Malam-malam nak kongsi petua masak sup daging atau tulang supaya tak ada lemak dan berminyak walaupun dah sejuk.
Masa masak, letak timun sebatang atau separuh, ikut banyak mana kuah sup. Hasilnya sup akan jadi putih jernih. Timun tadi akan sedut lemak yang ada pada daging atau tulang itu.”
Cara-caranya:
- Semasa memasak, letakkan sebatang atau separuh timun, bergantung pada jumlah kuah sup.
- Timun akan menyerap lemak yang ada pada daging atau tulang, menyebabkan sup menjadi putih jernih.
- Hasilnya, sup anda akan tetap sedap dan tidak berminyak walaupun selepas ia sejuk.
Sumber petua dan gambar: Facebook Sharifah Norita, wikiHow
Baca juga: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!