sup mamak

Setiap kali pergi kedai mamak, wajib pekena ‘sup mamak’ mereka yang padu! Lagi sedap jika dicicah dengan roti bakar.

Bukan itu saja, sup mamak ini sedikit berbeza dengan sup lain kerana ia lebih pekat dan rasanya juga lebih berempah.

Kalau teringin nak makan, boleh buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Emee Sham di laman sosial Facebook.

Jika dah pandai masak, tak perlu ke kedai mamak dah! Lagi jimat dan puas hati kalau buat sendiri. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Mamak, Rangup Krup Krap Tak Boleh ‘Stop’ Makan

RESEPI SUP MAMAK PADU

Bahan-bahan:

  • Ayam/kambing/daging lembu
  • Rempah empat sekawan
  • 5 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Halia
  • Cili api merah
  • 4 peket kecil rempah sup (rempah serbuk kering)
  • Setengah peket rempah kurma (serbuk)
  • Sebiji tomato
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun sup
  • Sebiji limau nipis
  • Lobak merah (jika suka)

Cara memasak:

1. Potong ayam kepada 4 bahagian. Terpulang pada masing-masing nak guna kambing atau daging lembu.

2. Rebus ayam bersama rempah empat sekawan.

3. Dalam masa yang sama, kisarkan 5 biji bawang besar, 8 ulas bawang putih, halia dan cili api merah. Ketepikan seketika.

4. Apabila rebusan ayam dan mendidih, baru masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata dan biarkan mereneh.

5. Kemudian, masukkan 4 peket kecil rempah sup dan setengah peket rempah kurma. Kacau rata menggunakan api serhana.

6. Masukkan juga sebiji tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh lagi.

7. Perasakan dengan garam secukup rasa.

8. Taburkan juga bawang goreng dan hirisan daun sup. Kacau rata.

9. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.

10. Apabila kepekatan dah cantik, tutup api.

11. Potong kecil ayam, letakkan di dalam mangkuk dan tuangkan sup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

12. Boleh masukkan lobak merah pada awal rebusan supaya lobak merah hancur dan pekatkan kuah. Kepekatan kuah juga datang dari bawang besar kisar serta rempah kering.

sup mamak

13. Sedap dicicah dengan roti. Selamat mencuba!

sup mamak

Kredit resipi dan gambar: Emee Sham

Baca juga: Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN