cuci kerang

Nak makan kerang dengan keluarga tersayang di rumah, masak rebus saja pun sedap. Sebelum itu, anda perlu tahu tentang teknik cuci kerang supaya isinya tak berselut.

Kerang adalah sejenis haiwan laut bercengkerang yang boleh dimakan isinya. Jika pergi ke tepi pantai, pasti anda akan menjumpai banyak kulit kerang yang bentuknya seperti hati.

Antara masalah yang sering dihadapi ketika memasak kerang adalah isinya yang sentiasa berselut dan penuh dengan kotoran. Jadi, ia perlu ditangani untuk memastikan kebersihannya.

Tak semua orang tahu, sebenarnya terdapat teknik cuci kerang yang betul supaya isinya tiada selut, tak berpasir dan hilang segala kekotoran. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: 5 Jenis Kerang Di Malaysia Dan Cara Memasaknya, Patutlah Isi Sedap Luar Biasa!

TEKNIK CUCI KERANG SUPAYA ISI TAK BERSELUT

1. Selepas bilas (*dan cengkerang sudah bersih*) adunkan garam dan cili kering (tak kisah kalau 2 hingga 3 batang atau serbuk cili kering kasar. Dalam gambar ialah cili kering kasar sebab stok cili kering sudah habis). Ralat garam dan cili agak-agak saja. Asalkan agak-agak pedas dan masin.

cuci kerang

2. Tambahkan air separa bekas, kemudian masukkan pula kerang. Pastikan paras air lebih tinggi dari paras kerang.

cuci kerang

3. Biarkan kerang berendam (atau berenang) selama 45 hingga 90 minit. Kerang akan dengan sendirinya bersih (self-clean through spitting). Boleh dibalik-balikkan kerang untuk melonggarkan ruang air di antara kerang.

4. Begitulah hasil setelah kerang membuang sisa selut dan kotoran, kemudian ulang 2 hingga 3 kali dengan air garam dan cili sampai bersih. Walaupun prosesnya agak lama, tapi memang berbaloi dengan usahanya.

Setelah membeli kerang di pasar dan pulang ke rumah, pastikan anda gunakan teknik cuci kerang ini supaya isinya menjadi lebih bersih dan mudah dimasak.

Buat pengetahuan anda, teknik cuci kerang ini hanya untuk membersihkan isinya dan bukan memutihkan kerang. Namun, tips ini sangat berguna ketika anda ingin memasak kerang di rumah nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Suzanie Adina Mat Saat

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Kopek Kerang Lebih Mudah Tanpa Rebus, Serius Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN