murtabak ayam

Mari cuba murtabak ayam kulit popia ini. Tak perlu susah-susah nak menguli dan canaikan tepung untuk membuat murtabak. Menu ini merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun.

Ia juga sentiasa menjadi menu sarapan pagi atau kudapan malam. Murtabak dijual di kedai mamak atau di pasar malam. Biasanya dimakan bersama kuah kari ayam atau daging. 

Baca juga: Popia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya

Resipi murtabak ayam mini ini berasal dari Zurina Kifli. Rasa murtabak ini memang menepati tekak.


RESIPI MURTABAK AYAM KULIT POPIA

Murtabak ayam kulit popia, tak perlu susah-susah uli dan canai tepung. Setakat nak buat murtabak mini, guna kulit popia pun boleh. Sedap! Sukatan inti ayam ikut sesedap selera.

murtabak ayam kulit popia 

Bahan-bahan: 

  • 2 labu bawang besar – potong dadu 
  • 3 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
  • 1 cm halia – tumbuk halus bersama lada hitam biji
  • 3 keping dada ayam – potong dadu kecil
  • 1 biji ubi kentang besar –  kupas kulit dan potong dadu siap rebus
  • 2 sd makan rempah kari daging 
  • 2 sd rempah kurma
  • 1/2 sd makan lada hitam biji ditumbuk halus
  • Garam halus secukup rasa
  • 1 sd makan serbuk hilal
  • Sedikit gula
  • Daun sup – hiris halus secukupnya
  • Kulit popia
  • 2-3 biji telur

Cara penyediaan inti ayam:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam dan halia. Kacau sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang dibancuh dgn sedikit air panas. Kacau hingga wangi, tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak.

3. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering.

4. Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau2 dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam.

5. Biarkan sejuk .Kemudian campurkan inti dgn telur mentah yg telah dikocok. Kacau rata.

Cara penyediaan murtabak:

1. Ambil sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan.

2. Lipat bentuk empat segi, kemudian goreng dengan sedikit minyak dalam kuali non-stick hingga masak kekuningan.

3. Masak dengan api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.

4. Siap dan sedap dinikmati panas-panas bersama kuah jeruk bawang atau sos cili. Makan macam itu pun dah sedap.

murtabak ayam kulit popia


Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Zurina Kifli

Baca juga: Popia Basah ‘Step By Step’ Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN