resepi sosej homemade

Jom cuba resepi sosej homemade ini di rumah. Buat sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan serta bebas bahan pengawet yang merbahaya. Nak bagi anak makan hari-hari pun tak perlu risau dah.

Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Norhidayah Mohd Aripin di bawah. Buat banyak terus untuk stok frozen, boleh goreng pada bila-bila masak.

Baca juga: Jom Buat Sendiri Daging Burger Homemade, Rasa Dijamin Lebih Sedap & Juicy

RESEPI SOSEJ HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 4 ketul bahagian isi ayam
  • 2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 ke 2 ulas bawang merah
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang saderi
  • 2 sudu kecil mushroom seasoning
  • 1 tin cendawan butang
  • Mixed shredded cheese
  • 3 sudu besar butter yang dicairkan (bukan 3 sudu besar butter)
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan kecuali cheese. Kemudian kisar sehingga hancur.

2. Bila dah hancur, baru tambah cheese jika suka. Jika tak suka, tak perlu letak.

3. Kemudian, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan sosej (sausage mould).

resepi sosej homemade

4. Kukus sehingga sosej masak.

5. Kemudian boleh digoreng mengikut cita rasa anda. Selamat mencuba!

resepi sosej homemade

Kredit resipi dan gambar: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade. Bau Lagi Wangi & Asli Tanpa Pengawet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN