agar agar limau

Sekiranya anda mempunyai lebihan limau mandarin selepas Tahun Baharu Cina, jom jadikan ia pencuci mulut yang dinamakan agar agar limau mandarin.

Penyediaan juga amat mudah kerana hanya memerlukan beberapa bahan ringkas iaitu buah limau mandarin, serbuk agar-agar, gula, susu segar dan juga air.

Campuran agar-agar yang manis dan buah mandarin yang masam manis menjadikan agar-agar ini sangat refreshing apabila dimakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok

RESEPI AGAR AGAR LIMAU MANDARIN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji limau mandarin
  • 800ml susu full cream
  • 200ml air
  • 70g gula
  • 10g serbuk agar-agar

Cara penyediaan:

1. Sediakan periuk, satukan susu full cream, air, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga sebati sebelum dimasak atas api.

2. Selepas itu, boleh masak atas dapur menggunakan api sederhana. Masak sehingga mendidih sambil kacau sentiasa agar susu tidak berketul.

3. Sediakan bekas air mineral yang sudah dipotong bahagian muncung.

4. Basahkan bekas tersebut supaya tidak melekat nanti dan tuangkan sedikit adunan agar-agar.

5. Kemudian, guna batang kayu chopstick untuk susun buah limau supaya duduk menegak di  tengah-tengah botol.

6. Cucuk buah bermula dari atas chopstick.

7. Letak dalam 2 biji buah dahulu, kemudian tuangkan lagi sedikit adunan agar-agar sehingga buah tenggelam.

8. Kemudian, letak lagi 2 biji limau dan tuang lebihan adunan agar-agar yang tinggal.

9. Sejukkan agar-agar di dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga agar-agar keras.

10. Selepas 4 jam, agar-agar sudah boleh dipotong. Selamat mencuba!

agar agar limau

Kredit resipi dan gambar: Anie Japri, Limau Nipis

Baca juga: Resipi Agar-Agar Marble, Anak-Anak Pasti Suka Sebab Ada Rasa Susu & Coklat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN