Siapa suka masakan bersantan wajib cuba resepi ikan keli masak kencur ini. Ia merupakan masakan tradisional jawa yang menggunakan ikan sungai dan daun kencur sebagai bahan utama.

Ikan sungai seperti ikan keli dan ikan talapia sangat sesuai untuk masakan ini. Namun begitu, boleh guna ikan siakap atau ayam jika tidak ada ikan sungai.

Masakan Jawa memang banyak menggunakan santan. Ia adalah keperluan yang boleh dikatakan wajib di dalam setiap masakan. Jadi tidak hairanlah masakan orang Jawa kebanyakannya bersantan.

Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!

RESEPI IKAN KELI MASAK KENCUR

ikan keli masak kencur

Bahan-bahan:

  • Ikan keli
  • Daun cekur (kencur) muda
  • Ubi kencur
  • Bawang
  • Cili
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Santan

Cara memasak:

1. Bersihkan ikan keli menggunakan asam jawa untuk menghilangkan lendir dan bau hanyir.

2. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng ikan keli sehingga garing. Tabur sedikit tepung ke dalam minyak supaya ikan keli tak meletup semasa sedang menggoreng.

3. Apabila ikan sudah garing, angkat dan ketepikan seketika.

4. Goreng bawang, cili, halia dan kunyit. Kemudian lenyek menggunakan lesung.

5. Tumis bawang tumbuk tadi, kemudian masukkan ikan keli yang sudah digoreng.

6. Tuangkan santan dan taburkan daun cekur yang dihiris. 

7. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

ikan keli masak kencur

Kredit resipi dan gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending