Seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Muzaiba Hassan berkongsikan satu resepi sos black pepper yang sedap.
Menurutnya, resipi ini merupakan hasil ajaran daripada kakaknya yang memiliki kedai masakan barat.
Sos black pepper ini biasanya dijadikan kuah untuk menu chicken chop, ayam grill, bebola daging dan sebagainya lagi.
Kalau nak tahu apakah bahan yang digunakan serta cara membuatnya, mari ikuti resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Buat Chicken Chop Homemade Guna Tepung Gandum, Hasilnya Kerak Cantik & Rangup
RESEPI SOS BLACK PEPPER PADU
Bahan A:
- 2 biji kentang
- 2 batang lobak merah
- 1 biji bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 batang daun saderi
Bahan B:
- Lada hitam
- Kicap pekat
- 1 kuib ayam
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 3 sudu minyak masak
Cara-cara:
1. Pastikan semuanya dicuci dengan bersih. Rebus semua bahan A beserta kulit.
2. Selepas sudah empuk, kisar semua bahan tersebut bersama lada hitam dan air rebusan tadi. Kuantiti lada hitam bergantung pada tahap kepedasan yang disukai.
3. Selepas itu, masukkan kesemua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan.
4. Seterusnya, masukkan kicap pekat, kiub ayam dan minyak masak. Biarkan selama 30 minit.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Muzaiba Hasan
Baca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC