PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-19 04:53:40

Lontong merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia kerana ada banyak bahan sayuran dalam kuahnya, selain dimasak bersama udang segar dan dipadankan pula dengan keenakan sambal tumis ikan bilis yang pedas. Lontong juga boleh dimakan bersama kuah kacang. Lontong selalu dihidangkan untuk sarapan pagi. Jadi ibu-ibu boleh cuba resepi ini. Keluarga mesti suka. Jadi marilah kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak‎ di kumpulan Resepi Viral di Facebook.

 

Kredit: Novelis Afieyza Isahak

 

Bahan-bahan:

  • Nasi impit (rebus)
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Serai*
  • Lengkuas*
  • Halia*
  • Buah keras*
  • Kunyit hidup*
  • Udang kering*
  • Ikan bilis*

(Yang bertanda * kena kisar)

  • Lobak merah, kacang panjang dan tauhu.(goreng terlebih dahulu)
  • Udang dan pucuk(rendam sekejap)
  • Suun (basuh sahaja)
  • Santan sekotak besar
  • Kiub ikan bilis
  • Asam keping
  • Bahan perasa
  • Telur rebus
  • Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang

 

Kredit: Novelis Afieyza Isahak

 

Kredit: Novelis Afieyza Isahak

 

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air untuk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
  2. Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan suun dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.
  3. Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh dimakan setelah bismillah.

 

Kredit: Novelis Afieyza Isahak‎

 

Kredit: Novelis Afieyza Isahak‎

 

Kredit: Novelis Afieyza Isahak‎

 

Selamat Mencuba

Kredit: Novelis Afieyza Isahak‎

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN