Ibu yang bekerja tidak perlu risau lagi jika tidak sempat menyediakan hidangan yang lazat untuk seisi keluarga. Hal ini kerana dengan adanya stok kuah siakap stim limau ini, ia boleh menjimatkan masa dan tenaga anda.
Menerusi perkongsian oleh Fazniza Razali di bawah, beliau menunjukkan cara membuat stok kuah untuk ikan siakap stim limau. Bukan saja ikan siakap, anda boleh menggunakan apa-apa jenis ikan yang disukai.
Mudahnya jika ada stok kuah ini, anda boleh panaskan kuahnya pada bila-bila masa saja. Kalau ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap
RESEPI KUAH IKAN SIAKAP STIM LIMAU
Bahan-bahan A:
- 100gm halia
- 100gm bawang putih
- 80gm cili akar merah dan hijau
- 10 tangkai akar ketumbar
- 15 helai daun limau
Bahan-bahan lain:
- 2 liter air panas
- 15 sudu air limau (nak masam boleh tambah lagi)
- 10 sudu air sotong
- 500gm gula
- 3 botol sos plum
Cara-caranya:
1. Kisar kasar semua bahan-bahan A. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan air panas, air limau, air sotong, gula dan sos plum.
3. Kemudian, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi. Gaul rata semua bahan dan siap kuah siakap stim.
4. Curahkan kuah ke atas ikan siakap yang sudah siap dikukus. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hiriskan limau nipis.
5. Lebihan kuah tuangkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh curah ke atas ikan pada bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fazina Razali
Baca juga: Cara Paling Mudah Buat Stok Cili Kisar. Tak Perlu Potong, Buang Biji Atau Rebus!