sekaya telur

Sekaya labu merupakan pencuci mulut yang berasal dari negara Thailand. Rasanya yang tidak terlalu manis dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Resipi yang dikongsi oleh saudari Bibi Ongcinda ini tidak mengambil masa lama untuk disiapkan. Caranya juga sangat mudah dan ringkas untuk dibuat!

Baca juga: Kuih Susah Jumpa, Buat Sendiri Je Sekaya Telur Yang Manis Berlemak

RESEPI SEKAYA LABU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 8 biji telur ayam (boleh campur dengan telur itik)
  • 200g gula kabung
  • 250g santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Labu kuning
  • 10 helai daun pandan

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula campurkan telur, gara, gula dan daun pandan. Gaul dan ramas-ramaskan (daun pandan yang bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur)

sekaya labu

2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit. Gaul sehingga gula larut dan pastikan tangan dibasuh bersih.

3. Apabila semua sudah bercampur rata, tapiskan ke dalam mangkuk lain.

4. Didihkan periuk kukusan beserta loyang kuih. Jika loyang sudah panas, tuangkan adunan tadi dan susunkan labu yang dihiris atau disagat. Tekan-tekan sedikit labu agar sedikit tenggelam.

sekaya labu

5. Kukus selama 30 minit. Jangan guna api besar nanti permukaannya pecah dan tak cantik.

6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Selamat mencuba!

sekaya labu

Kredit resipi dan gambar: Bibi Ongcinda

Baca juga: Resipi Pulut Sekaya Versi Bakar, Orang Kata Lagi Sedap Dari Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN