Kadang-kadang tu kering idea dah nak hidangkan apa untuk minum petang. Lagi-lagi kepada sesiapa yang dikenakan PKP ni. Maklumlah semua ada dekat rumah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan. Jadi apa kata kita cuba resepi Apam Coklat mudah dan confirm jadi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook. Gebu dan lembut sangat. Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis. Buat minum petang pasti satu keluarga berselera!

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

KUIH-MUIH

TAHAP KESUKARAN

MUDAH

Resepi Apam Coklat Gebu Gebas

Kadang-kadang tu kering idea dah nak hidangkan apa untuk minum petang. Lagi-lagi kepada sesiapa yang dikenakan PKP ni. Maklumlah semua ada dekat rumah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan. Jadi apa kata kita cuba resepi Apam Coklat mudah dan confirm jadi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook. Gebu dan lembut sangat. Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis. Buat minum petang pasti satu keluarga berselera!

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan serbuk koko

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan marjerin

  • 1 cawan susu cair

  • 3 biji telur gred A

  • 1 ¼ cawan tepung gandum

  • 1 sudu kecil baking powder

  • 1 sudu kecil baking soda

Kredit: Asrinna Bakri
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

  • Panaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.

  • Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.

  • Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati. 

  • Sapukan minyak pada acuan.Tuang aduan  dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas menggelegak.

Kredit: Asrinna Bakri

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.